Keberkesanan Rawatan Akupuntur

Jarum akupuntur yang terdiri daripada jarum silver diperbuat daripada aloi perak dan semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat. Keberkesanan Akupuntur bergantung kepada:

  • Kedudukan jarum tepat pada titik akupuntur
  • Jumlah jarum akupuntur yang digunakan
  • Kedalaman menembusi kulit
  • Tempoh jarum itu ditusuk pada titik akupuntur
  • Jumlah rawatan yang dijalankan.






Apabila titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan dicucuk pada kulit pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa saat hingga ke beberapa minit. Jarum akan diputar dengan menggunakan hujung jari yang bertujuan untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu, mereka juga akan merangsang titik akupuntur menggunakan elektrik.

Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur untuk merasakan perubahan bagi sakit yang dihadapi.



2 comments: