Memulihkan Tabiat Jahat

Pada hari ini anak adam menghadapi godaan dan tipu daya Iblis yang sangat hebat. Iblis telah berkata kepada Allah, "demi keagungan Mu, aku akan duduk di hati anak Adam selama ada anak Adam itu bernyawa". Lalu Allah jawab, "Aku tidak akan halang anak Adam yang berdosa bertaubat selagi anak Adam itu bernyawa". Iblis berkata, "demi keagungan Mu, aku akan mendatangi anak Adam dari pihak depan, pihak belakang, pihak kiri dan pihak kanan". Maka sayu hati para malaikat apabila mendengar dendam Iblis. Para malaikat tertanya-tanya apakah mampukah anak Adam berhadapan dengan godaan dan tipudaya Iblis ni. Lalu Allah memberi ilham kepada malaikat bahawa anak Adam masih mempunyai pihak atas dan pihak bawah yang tidak boleh dimasuki oleh Iblis.
        Hari ini, ramai ibubapa yang berasa runsing kerana mempunyai anak yang tidak taat kepada Allah dan Rasul, tidak mendengar kata ibubapa, degil, keras kepala, suka berpeleseran, malas solat, malas belajar, terlibat dengan cinta terlarang dan macam-macam lagi.
       Hari ini, ramai para suami yang susah hati dengan sikap isteri yang tidak taat pada suami, sombong, tidak menghormati mertua, suka membuang masa berkumpul dengan kawan-kawan hingga lupa tanggungjawab sebagai isteri, mempunyai hubungan sulit dan sebagainya.
      Hari ini, ramai para isteri yang tidak tenang kerana suami yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial seperti simpan perempuan, rasuah, penyalah gunaan kuasa, pecah amanah, tidak solat, panas baran, tidak bertanggungjawab dan lain-lain.
       Di Pusat Rawatan Akupuntur Bekam Ar Ridhwan, mereka yang mengalami masalah seperti ini dan ingin kembali ke jalan Allah akan dirawat dengan gabungan rawatan Akupuntur, penawar Hati dan Saraf dan Air Doa Khusus. Insya Allah, berkat doa yang berterusan, sabar, dan solat, segala-galanya akan kembali seperti sediakala. Allah Yang Maha Tahu.
      

Batu Karang

       Batu Karang adalah penyakit yang sering dihidapi orang dewasa samada lelaki atau wanita. Penyakit ini terhasil dari kegagalan sistem pencernaan untuk mengolah asid yang terdapat dalam makanan. Asid ini akan terkumpul dan membentuk kristal membesar dan menjadi batu karang.
       Tanda penyakit Batu Karang ialah rasa sakit menyucuk yang bersangatan di bahagian bawah perut, kiri, kanan dan pinggang. Lelaki yang mengidap Penyakit Batu Karang akan berasa sakit ketika hendak membuang air kecil dan hanya mengeluarkan air kencing yang sedikit atau terasa tidak puas kerana saluran kencing tersumbat. Keadaan ini menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan kesakitan yang bersangatan.
Batu Karang yang terbentuk di dalam buah pinggang jika tidak dirawat dengan segera lama kelamaan boleh merosakkan buah pinggang.
       Di Pusat Rawatan Akupuntur Bekam Ar Ridhwan, pesakit akan dirawat dengan kombinasi rawatan Akupuntur, penawar Ar Ridhwan, dan Air Penawar yang didoa dengan doa yang berkaitan dengan penyakit Batu Karang. Insya Allah berkat kombinasi 3 rawatan ini ramai pesakit yang telah berhasil sembuh dan kembali hidup normal.