Memulihkan Tabiat Jahat

Pada hari ini anak adam menghadapi godaan dan tipu daya Iblis yang sangat hebat. Iblis telah berkata kepada Allah, "demi keagungan Mu, aku akan duduk di hati anak Adam selama ada anak Adam itu bernyawa". Lalu Allah jawab, "Aku tidak akan halang anak Adam yang berdosa bertaubat selagi anak Adam itu bernyawa". Iblis berkata, "demi keagungan Mu, aku akan mendatangi anak Adam dari pihak depan, pihak belakang, pihak kiri dan pihak kanan". Maka sayu hati para malaikat apabila mendengar dendam Iblis. Para malaikat tertanya-tanya apakah mampukah anak Adam berhadapan dengan godaan dan tipudaya Iblis ni. Lalu Allah memberi ilham kepada malaikat bahawa anak Adam masih mempunyai pihak atas dan pihak bawah yang tidak boleh dimasuki oleh Iblis.
        Hari ini, ramai ibubapa yang berasa runsing kerana mempunyai anak yang tidak taat kepada Allah dan Rasul, tidak mendengar kata ibubapa, degil, keras kepala, suka berpeleseran, malas solat, malas belajar, terlibat dengan cinta terlarang dan macam-macam lagi.
       Hari ini, ramai para suami yang susah hati dengan sikap isteri yang tidak taat pada suami, sombong, tidak menghormati mertua, suka membuang masa berkumpul dengan kawan-kawan hingga lupa tanggungjawab sebagai isteri, mempunyai hubungan sulit dan sebagainya.
      Hari ini, ramai para isteri yang tidak tenang kerana suami yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial seperti simpan perempuan, rasuah, penyalah gunaan kuasa, pecah amanah, tidak solat, panas baran, tidak bertanggungjawab dan lain-lain.
       Di Pusat Rawatan Akupuntur Bekam Ar Ridhwan, mereka yang mengalami masalah seperti ini dan ingin kembali ke jalan Allah akan dirawat dengan gabungan rawatan Akupuntur, penawar Hati dan Saraf dan Air Doa Khusus. Insya Allah, berkat doa yang berterusan, sabar, dan solat, segala-galanya akan kembali seperti sediakala. Allah Yang Maha Tahu.
      

No comments:

Post a Comment